Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Sangat lama dah rasanya saya tak update blog ni. Antara sebabnya adalah server down yang membuat saya merajuk agak kurang mood kerana banyak post saya telah ‘ditelan’ hilang begitu saja. Tapi sebab memandangkan saya ni usahawan internet dan akan terus berkongsi pandangan dan apa sahaja mengenai perniagaan internet, saya gagahkan juga diri saya untuk lebih rajin menge’post’ artikel bermanfaat disini (supaya naik semula ranking blog ni).
Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiilfitri kepada semua pembaca Blog Perniagaan Internet ni dan maafkanlah saya andai saya ada mengguris hati anda semua. Yela, manala tau, ada saya ter’tak baca’ email anda, tak balas email anda, tak berikan link download atau sebagainya, saya ambil kesempatan ni untuk memohon jutaan kemaafan tak kira pada semua umat Islam dan juga yang bukan Islam.
Ini dia kad raya yang saya hantarkan khas untuk paparan anda semua..

Kad raya ni memang cun dan ada banyak lagi yang cun-melecun tapi saya rasa tak perlu saya tunjuk disini sebab anda boleh terus pergi ke kadViral.com untuk merembat secara PERCUMA kad raya cun ni ciptaan kawan saya, Luvlee. Memang lawa-lawa..
Tahun ni, saya beraya sebagai seorang usahawan internet sangat seronok rasanya sebab selama ni dah 20 tahun mak ayah yang belikan baju, bagi duit raya, kali ni turn saya pula ;). Tahun ni juga, saya tak balik kampung di Johor, saya hanya stay di Negeri Sembilan saja dan beraya bersama family saya. Jadi, kalau-kalau ada yang singgah di kawasan Senawang, bolehla singgah di rumah saya. Kalau bawak anak, saya beri Duit Raya punya. Kalau yang dah tak layak dapat duit raya tu, saya beri ebook je. Amacam, ok la tu kan..
Tentang Rahsia Newbie, kini dah pun sold out 200copy dan saya buka harga promosi raya juga khas untuk mereka yang nak spend duit raya mereka untuk ilmu yang berguna dan tawaran ini hanya untuk 100copy sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Jika ada yang tertanya-tanya “aku nak buat apa lepas baca Rahsia Newbie?” ni, saya ada sediakan artikel untuk anda dan insyaAllah saya akan sediakan Master Plan untuk anda jadi tak adalah anda tergaru-garu ketiak kepala macam mana nak mula kan.. Ini artikelnya.. (saya dah postkan 21 Sept lagi..)
Apa yang perlu saya lakukan?
Posted: 21 Sep 2008 02:13 PM CDT
Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Post ini rasanya khusus untuk mereka yang dah pun membaca Rahsia Newbie dan juga ikhlas saya tujukan kepada Rahsia Newbie. Tak kisahla anda beli atau tidak Rahsia Newbie ;) . Sekarang, kita nak berjaya seperti otai-otai perniagaan internet yang lain. Jadi, bagaimana caranya? Panduan dah pun ada, teknik dah pun ada, namun bagaimana kita nak memperkasakan teknik tersebut supaya bertukar menjadi DUIT?
Ini yang penting. Selain 5 teknik yang saya bongkarkan dalam Rahsia Newbie, kita juga kena ada mindset. Sebab itu saya katakan, jika anda serius nak buat duit di internet, saya kongsikan Rahsia Newbie. Jika anda tak serius, jangan bazirkan duit dan wang anda untuk membeli Rahsia Newbie. Ini peringatan saya. Maksudnya, anda perlu serius.
Kita nak buat duit, kita perlu fikir ‘this is our job’.. Jangan fikir nak suka-suka. Baiklah, sehingga membaca perenggan ini, saya rasa anda dah pun tahu yang anda pelru ’set’kan minda anda dengan ‘nak cari duit dengan betul’, bukannya ‘nak cari duit sambilan’. You want big, then think big!
Anda perlu ada produk. Ini menjamin anda dalam bisnes ini. Tak kira apa pun produk. Saya berikan 3 tips ringkas disini. Anda cipta produk, khususkan market dan pergi ambush dengan produk tu. Sebenarnya sama saja dengan perniagaan offline. Anda ada produk, anda akan kuat (walaupun pada awalnya nak bangunkan produk tersebut memang sukar). Anda juga akan ‘dipandang’ bila dah ada produk.
Ok. Sekarang anda dah idea nak buat produk apa dan macam mana nak buat produk tersebut? Baiklah, sekarang yang anda perlu lakukan adalah cipta blog anda. Jangan buat blog di penyedia blog percuma. Ini akan menurunkan kredebiliti anda. Jujur saya cakap. Buat blog berkenaan dengan produk yang anda nak hasilkan. Nama domain memainkan peranan yang sangat-sangat penting.
Rasanya anda tahu kenapa saya memilih domain ini kan? Saya juga buat kesilapan yang sama. Nama asal domain saya adalah
remajabisnes.com dan selepas saya lihat ‘tak boleh pergi jauh’ dan tak sesuai dengan produk saya, lalu saya beli domain baru dengan bro Shuth. Dapat cun pula PerniagaanInternet.com. Sya fikir sampai 3 hari HANYA untuk pilih domain name.
Buat blog, bukan saja anda perlu menulis bahan-bahan yang berkualiti. Anda juga perlu dapatkan pengikut untuk blog anda. Bagaimana nak dapatkan pengikut dengan cepat, saya dah sentuh dalam Rahsia Newbie. Tak perlu saya terangkan disini. Jika SEO anda tak sehebat otai, jangan berangan anda nak popularkan blog anda sekelip mata melainkan anda punya niche adalah mengenai artis terlampau ;p. Popularkan blog anda, dan JANGAN campur adukkan isi dalam blog anda walaupun anda kekeringan idea semasa menulis.
Jika anda pilih niche ‘masakan’, jangan sesekali tulis pasal kereta yang anda gemari bila anda kekeringan idea.
Kini jangan bazirkan masa anda. Proceed sekali dan seiringkan dengan proses pembuatan produk. Ini baru teknik cepat namanya. Anda luangkan setiap malam selepas free (lepas dinner tu kurangkan tengok TV) duduk depan PC dan buat produk anda. Kalau anda ada internet lagi bagus. Boleh search maklumat tambahan kat internet kejap kalau idea anda putus. Lepas tu, bila anda dah nak tidur pula tulis blog anda. Dengan cara ni, setiap hari anda akan ‘menghasilkan sesuatu’..
Seterusnya, anda proceed dengan email pula. Cari cara nak dapatkan subscriber. Bila anda dah ada subscriber, gunakan list tersebut sebaiknya. List = duit. List juga = kawan. Ini yang perlu. Saya tanya anda, macam mana kita nak tambat hati seseorang yang kita tak pernah kenal? (kira macam nak tackle awek). Mestilah kena pada gaya, bahasanya kan? Jadi, pikatlah list anda seperti memikat wanita ya. Gunakan teknik 3G 1T. Ini peringatan saya sempena raya (mungkin tak ada kena mengena pun ;p ) Gunakan Autoresponder berbayar! Banyak sebabnya dan dah pun saya terangkan mengapa dalam Rahsia Newbie. Ada juga cara nak mengurangkan kos autoresponder dalam Rahsia Newbie tu :)
Seterusnya, bila anda dah ada produk, dah ada blog yang mempunyai pengikut, dan dah ada list dalam 200 paling minima, kini masanya anda melakukan JV. Sebelum mula berJV, kenali dulu siapa yang anda nak JV. Kalau anda nak jual buku agama, cuba contact ustaz-ustaz yang ada blog sendiri dan ada website sendiri.
Walaupun mereka mungkin tak mempunyai list yang besar, siapa tahu satu masa nanti, pembaca blog mereka akan berada dalam list anda. Buat JV dengan orang yang berada dalam niche hampir sama dengan anda. Gunakan teknik JV yang betul.. Percaya tak anda jika saya katakan yang saya dalam proses pengumpulan JV oversea untuk next produk saya? Saya bocorkan eksklusif disini. Saya akan berJV dengan (salah seorangnya) wonderkid blogger mat salleh,
www.infectedbybugs.com. Cuba anda lihat PR dia.
Saya kagum dan saya proceed dengan JV dengan dia dan tak sangka dia setuju. Saya hanya menggunakan teknik JV yang saya pakai dalam Rahsia Newbie sahaja ;). Ok, stop pembocoran rahsia saya akan datang.
Dan akhir sekali, proceed dengan OTO. Yang ni, saya tak nak explain lagi, dan nak anda cari kreativiti sendiri macam mana nak lakukan OTO. Selepas plan yang saya sediakan ini, jika anda buat dengan betul, saya pasti anda akan dapat income yang masyuk dan sangat pasti yang anda boleh jadi lebih hebat daripada saya dan saya doakan anda berjaya.
Pengumuman akhir, jika anda perserta Personal Coaching, selepas ini fokkus saya untuk anda. Jangan malu untuk buzz saya dan kalau kita dekat (pakcik Razak khusunya) kita boleh jumpa (macam haritu). Jika anda pembeli Rahsia Newbie, anda nak tahu apa-apa, just email saya. Saya akan balas secepat mungkin. Ini support yang saya sediakan khas untuk anda. Untuk sesiapa saja yang nak tahu cara buat duit di internet dengan menggunakan cara yang saya gunakan, anda boleh email saya bila-bila masa jugak. Tanyala siapa yang saya tak balas email mereka. Saya balas kan? Tapi pasti isi yang saya balas tu adalah berbeza dengan pembeli Rahsia Newbie..
Selamat berjaya dan jangan jadi newbie selamanya..!
Go for success,
AmmarZahar
Posted in Tips, koleksi grafik v2, pelaburan, pengumuman
Tags:perniagaan internet.usahawan Internet
Tips yang menarik.. Berguna untuk aku launch balik pakej lumayan aku…
Ble ar JV lepas ni….
Nak belajar tulis artikel ni… Nak lawan ammar…
selamat hari raya.. :D
Assalamualaikom ammar,
Selamat hari raya. Saya ingin bertanya berkenaan dengan personal coaching yang saudara conduct. Saya telah hantar beberapa email sebelum ini kepada saudara tetapi tidak mendapat balasan. Mohon semak semula dan saya amat mengharapkan dapat menjadi salah seorang peserta pesonal coaching saudara. Sebagai newbie yang baru je lebih kurang sebulan mengenai perniagaan internet ini saya amat memerlukan bimbingan secara terus dari saudara. Mohon dapat maklum balas dari saudara. Wassalam
Salam buat semua. Saya tak nak komen apa2 cuma sekali lagi saya ingin menjemput saudara Ammar Zahar ke forum saya di link berikut : http://www.e-nss.biz/forum
Memandangkan email terakhir saya tidak berbalas, maka saya hadir ke sini untuk mengundang saudara. Diharap sudilah kiranya saudara berkongsi pelbagai info & tips tentang perniagaan internet dan menjadi salah seorang Mentor di forum E-NSS seperti yg pernah kita bincangkan dlm email tempoh hari.
Sekian, wassalam.