Teknik Marketing Yang Saya Guna..
Hai, semua..

Sebelum saya nak berkongsi teknik marketing yang saya gunakan, saya nak ucapkan terima kasih kepada Rawanaz Studioz dan juga Virtual Niaga kerana sudi menaja peserta seminar saya Hosting yang bernilai RM 120 dan juga Ebook Cover secara percuma. Memang beruntung benar peserta seminar. Kalaulah saya dapat peluang macam ni masa saya mula-mula terlibat dengan perniagaan internet ni alangkah baiknya. Dah tentu rasa sangat mudah nak bermula. Tak perlulah susah-susah nak keluarkan bajet yang besar.
Ok, ni soalan ‘TOP’ juga masa saya kendalikan seminar saya tempoh hari. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi biarlah rahsia antara saya dan juga abang-abang dan kakak-kakak yang datang ke seminar tempoh hari. Saya memang tak keluar modal sangat dalam marketing. Yang saya tahu, saya ada guna PPC saja yag saya keluar modal. Itupun bukannya promosi produk saya, teknik PPC hanya saya gunakan semasa mempromosikan produk affiliate IM antarabangsa. Sebab mereka punya conversion rate memang tinggi. Jadi, saya juga dapat ROI yang tinggi.
Sentiasa dan akan terus menjadi teknik pemasaran utama saya adalah Email Marketing atau dalam bahasa melayunya adalah pemasaran email. Kalau ada guru-guru diluar sana yang cakap, money is in the list, anda sepatutnya tak mengabaikan kata-kata tersebut. Jangan berlengah untuk dapatkan autoresponder anda. Sebab ianya memang berbaloi. Malah, boleh saya katakan, kalau saya berniaga di internet ni tanpa autoresponder, tak mungkin saya boleh dapat duit melalui internet.
Teknik kedua yang saya gunakan adalah JV. Ada orang memanggil trafik JV, dan ada orang gunakan istilah Pemasaran JV. JV atau nama panjangnya Joint Venture adalah ‘nadi’ dalam internet marketing. Peringatan khusus untuk newbie dan mereka yang nak melancarkan produk di internet, jangan jual produk anda selagi anda tidak mempunyai JV partner. Jika tidak, anda ibarat pergi menggali kubur sendiri. Cewah!. JV ni senang kata ibarat networking la. Jadi, mulai sekarang, berlatihlah untuk menjadi seorang yang bersopan untuk menjemput mana-mana rakan JV dan cuba mengenali ‘bakal’ rakan JV dengan lebih dalam sebelum pembinaan hubungan JV dijalankan.
Teknik ketiga dalam hotspot saya adalah mengenai PPC marketing. Pentingnya kita menguasai enjin carian adalah seperti pentingnya kita ke sekolah. Mungkin ada yang lebih berminat dengan SEO kerana ianya Percuma tapi, suka sangat saya nak ingatkan bahawa sebagai seorang affiliate, anda perlu sentiasa mencari produk baru untuk dipromosikan kerana ia akan menghasilkan conversion rate yang tinggi dan keuntungan yang besar. Bayangkan jika anda tidak menggunakan PPC, dan menggunakan SEO untuk mempromosikan produk baru lancar, rasanya lepas sebulan produk tersebut dilancarkan, promosi anda baru kelihatan di page-page utama Google. Masa tu, affiliate lain dah pun sibuk menunaikan cek Clickbank yang mereka dapat. hoho.
Saya meletakkan Blog marketing di Teknik yang keempat kerana saya jarang-jarang gunakan blog untuk mempromosikan produk saya mahupun produk affiliate kerana pada saya, orang datang ke blog untuk mendapatkan info percuma. Dan bukannya membeli sesuatu. Malah, sekarang ni pemasaran banner sudah mulai merosot berbanding pemasaran email. Jadi, saya berpendapat bahawa pemasaran melalui blog adalah kurang berkesan. Malahan, trafik yang ditarik adalah trafik yang kurang berkualiti kerana ianya adalah reader dan bukannya buyer. Tapi, nak atau tidak, blog adalah perkara yang wajib ada bagi setiap IM.
Forum marketing juga turut memberikan kesan dalam strategi pemasaran saya. Ini kerana, forum mempunyai pelawat yang ramai serta mempunyai trafik yang tinggi setiap hari. Malah, melalui forum juga kita dapat membuatkan orang percaya terhadap kita sekaligus mempengaruhi jualan kita. Jadi, berforumlah walau anda tidak reti menulis apa-apa post. At least, pastikan post anda cukup untuk anda mengiklankan produk anda di forum tersebut ya..
Senarai teknik pemasaran TOP 5 diatas dah pun saya susun setelah saya membuat tracking tak kira dalam mempromosikan produk sendiri mahupun produk affiliate. Selepas saya buat tracking, saya rekodkan dan saya akan guna teknik yang sama setiap kali saya melakukan pemasaran. Ini penting pada saya supaya hasil yang kita dapat adalah sama. Mudah saja, Internet Marketing ibarat sains. Ia perlukan formula dan kita hanya mengikut formula, hasil yang kita dapati adalah sama. Mudah kan? (walaupun saya pelajar senibina dan bukannya sains ;p)
-AmmarZahar
8
Comments
yuzmir
teknik marketing yang power…
Fatin Pauzi
Salam…
Memang diakui, ni semua teknik marketing yang berkesan.
Dan setuju sangat2 mengenai pemasaran melalui blog kurang berkesan sebab yang trafik yang datang ke blog adalah reader but not a buyer.
Tak try lagi email marketing and ppc marketing. InsyaAllah, cube kot suatu ari nanti.
KampungBoy
Ramai gak yang dah mula buat semianar sendiri…..bagus2…satu perkembangan yang baik
ayuAhmad
terima kasih krn sudi berkongsi.
marketing paling penting dlm perniagaan. Tak guna ada laman web yg canggih atau produk yg terbagus tapi takder org tahu…
saya tengah mencuba mencari kaedah pemasaran yg berkesan.
Dhiaqis
Perkongsian yang baik. Kesemua strategi pemasaran memang perlu dilaksanakan untuk mencapai tahap yang maksimum. Secara tidak langsung seminar juga salah satu kaedah pemasaran walaupun keutamaannya menyampaikan untuk ilmu.
teknikrahsiaebay
sy pon tengah belajar2 teknik2 pemasaran..baru wat sikit2..
HafizJamil
tq.. satu prkongsian yg amat2 brguna.
Firdaus Penang
Hebat betul buat biz marketing tanpa modal bleh saya belajar tak
Leave a Reply