3 cara mudah tarik trafik
Assalamualaikum, Salam sejahtera.
Hari ini saya agak penat kerana dalam proses menyiapkan projek saya yang bertimbun. Maklumlah, projek course saya lagi, projek internet lagi, projek bisnes offline lagi. Fuuhh.. Memang banyak kerja walaupun pada cuti sem ni. Tetapi dalam penat-penat saya tadi, nak release sikit penat ni saya meninjau-ninjau blog orang lain. Banyak juga saya dapat motivasi. hehe. Bukan apa, time penatla kita perlukan motivasi. Motivasi untuk berjaya! Saya ada terbaca mengenai Hanya satu cara menarik trafik dengan mudah!
Aik? biar betul dia ni? Tu lah saya cakap dalam hati saya. Orang lain pakai banyak cara, dia pakai satu cara je?? Tetapi satu cara tersebut diolah dengan panjang lebar
Anda nak tahu apa cara tersebut? Saya bagi anda 3CARA. Cara ni boleh dikatakan sangat basic tapi kalau anda guna meta tag lah, teknik SEO dan sebagainya tu, anda boleh terlepas trafik ataupun kehilangan pengunjung setia jika tak diamalkan. Fikir-fikir, betul jugak ye. Saya tak nafikan, memang kemestian buat SEO ni untuk dapatkan ranking tapi 3 cara ni bakal memberikan anda TRAFIK TETAP!!
- Hasilkan bahan bacaan yang berkualiti. Jika anda menghasilkan bacaan yang tak berguna, blog yang asyik memuji diri sendiri, siapa nak tengok blog anda. Betul tak? Artikel berkualiti dinilai dari banyak aspek. Banyak berikan tunjuk ajar dalam artikel anda. Banyakkan tutorial dan info-info berguna tentang topik yang dibincangkan. Bagaimana mendapatkan info berguna? Anda perlulah banyak membaca. Irfan Khairi sendiri menghabiskan satu jam setiap hari untuk membaca. Membaca, dan kemudian, share ilmu yang anda baca di blog anda.
- Menghasilkan artikel yang tak luput dek zaman. Artikel-artikel anda ataupun post-post anda haruslah evergreen. Maksudnya jika anda membincangkan teknik menarik trafik, pastikan teknik tersebut boleh diguna untuk tahun hadapan.
- Bersifat ingin membantu. Kalau anda menerapkan amalan ini dalam blog anda, ramaila yang akan datang ke blog anda. Zaman sekarang, orang kalau tak tahu apa-apa, atau perlukan pertolongan, akan cari di internet. Dah jarang orang cari di perpustakaan. Jadi, berikan bantuan seikhlas mungkin di blog anda. Maka akan keraplah orang datang melawat blog anda.
Bagi yang dah expert menarik trafik, bolehla amalkan cara anda tapi anggaplah ini sebagai peringatan. Bagi blogger-blogger baru, ambillah ini sebagai nasihat serta tips berguna.
Sama-samalah kita kongsi ilmu internet disini :)
Ikhlas,
AmmarZahar




Apa kata hadiah wang tunai? Memang meningkatkan adrenaline lah kalo macam tu.
Hadiah utk apa Yakuza? contest tu ke? boleh cadangkan kat post “Review contest” :)
Ada banyak cara lain nak dapatkan traffik yang banyak..
Kena usaha lebih..
Simple je. Wat contest. Sure banyak trafik masuk.
saya suka blog kamu, sifat ingin
membantu ini la yg sbnrny harus diterapkan generasi masa kini. walaupun sy mula menjadi blogger pada thn lalu n punya byk blog.
sebenarnya byk cara nak dptkn trafik secara percuma, sy pelajari semua tu drp ebook n tips Top Marketer n sy punya softwarenya sekali. Saya belum buat lg laman blog atau website .com. mungkin kemudian je rasanya. Cuma kalau nak tinggi trafik kenalah usaha lebih.
terima kasih,
najib
(New Merchant And Affiliate User)
oh lupa ni, kalau klik ejib86 itu adalah blog terbaru saya.
terima kasih,
najib
(New Merchant And Affiliate User)
Betul tu..memang banyak cara lagi..dan ada prosesnya..sekarang saya ni tgh dlam proses bina backlink yg kuat..
Dah ada backlink banyak, dan berkualiti, lagi senang nak maintain..
nak dapatkan backlink yg percuma pun ada yg berbayar pun ada. kalau yg percuma memang kene usaha lebih, banyak tempat nak kene pegi