Nak Jual di Kedai Online Atau Ebay?
Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Harap-harap anda sihat dan cukup tidur sentiasa tak seperti saya yang tak cukup tidur sebab menyiapkan Affiliate A+ dan kini syukur Alhamdulillah dah siap pun tinggal lagi tambah grafik sahaja serta nak siapkan sistem affiliate 2-tier.
Berbalik kepada tajuk asal yang saya hypekan diatas. Di Malaysia, bila sebut perniagaan internet, orang lebih ramai suka mencari produk fizikal untuk dijual di internet berbanding mencipta ebook dan jual di internet. Kata mereka, menulis itu perlukan bakat dan susah. Walaupun saya ada kongsikan cara saya mencipta produk ebook, namun masih lagi ramai yang sukar nak menulis dan lebih minat dengan menjual produk fizikal.
Kepada anda yang berminat nak menjual barang fizikal seperti kasut, barangan wanita, dan sebagainya, ada 2 medium yang menjadi perdebatan ramai orang. Samada nak jual melalui ebay ataupun menjual melalui kedai online yang kita bina sendiri. Jadi, disini sebenarnya terdapat pro dan kontranya.

Bila kita sebut pasal ebay, kita akan terdengar mengenai lelongan online dan barang murah (harga standard wholesale). Tapi, sebagai penjual, adakah menjual di ebay suatu kelebihan kepada kita? Sedangkan orang yang melawati ebay hanyalah mencari barang-barang murah? Ini saya kupas bab kelemahannya dulu. :)
Sekarang, tentang Kedai Online pula. Kita boleh menetapkan berapa harga yang kita nak jual dan segalanya kerana kita sendiri lah admin bagi laman tersebut. namun begitu, satu masalah akan timbul bila kita yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet ni tak berapa nak pandai dalam SEO. Trafik pun tak ada, macam mana kita nak menjual barang kita? Ini masalah juga.
Jadi, cadangan saya sebagai langkah penyelesaian bagi masalah keduanya, kita jual di dua-dua tempat iaitu ebay dan juga kedai online kita sendiri. Janagn abaikan ebay yang mempunyai trafik bermillion-million setiap hari. Kita tarik trafik ke laman ebay kita, jika nak beli atau tidak, itu terpulang. Dalam masa menarik orang ke laman ebay kita, kita tarik mereka ke Kedai Online kita sekali. Jadi, biar kita bagi 2 dalam 1 sekaligus! :)
Sedikit perkongsian dari saya,
AmmarZahar




[...] Assalamualaikum, Salam Sejahtera.. Read more [...]
perkongsian yg bijak….
Jual kasut ni kat ebay..alamatnya akaun kena suspen lah nanti..ada vero policy [ polisi hak cipta ]